sejarah aprikot

Written By HEPSY ENERGY on Tuesday 15 September 2015 | 16:52

 Hasil gambar untuk buah Aprikot
Aprikot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet. Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dahulu.

Aprikot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Aprikot telah diperkenalkan di Eropah semasa zaman Alexander The Great.

Aprikot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gulanya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.

Aprikot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah Aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya. Di China, ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.

Aprikot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit, namun mineral itu dapat menjadikan zat besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh. Masih banyak lagi khasiat lain daripada buah Aprikot yang perlu semua orang ketahui.

Kebanyakan orang mengambil Vitamin B-17 untuk tujuan pemulihan. Namun yang terbaik adalah mengambil Vitamin B-17 sebagai pemakanan makanan tambahan dengan mengambungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjgaan kesihatan dan kehidupan seharian.

Orang yang menemui keajaiban biji Aprikot






Pada tahun 1950, setelah bertahun-tahun penyelidikan, Dr. Ernest T. Krebs, seorang doktor biokimiatelah menemui satu vitamin lalu menomborkannya sebagai Vitamin B17 dan dipanggil Laetrile.

Setelah beberapa tahun, orang ramai semakin percaya bahawa Dr. Krebs telah menemui pengawal dan penyembuh kanser iaitu Vitamin B17, ramai pesakit kanser telah sembuh setelah mengambil vitamin tersebut. Namun begitu, beberapa ketika kemudian, organisasi multinasional farmaseutikal melancarkan propaganda bahawa Vitamin B17 membawa maut dan tidak berkesan merawat kanser. Vitamin B17 tidak diiktiraf dan tidak dibenarkan sebarang pengeluaran dan penjualan di Amerika Syarikat. Sekiranya Vitamin B17 berleluasa, industri kemoterapi, radiasi dan pembedahan kanser yang mengaut keuntungan jutaan dollar pasti akan lingkup. Sebab itu propaganda itu dilancarkan.

Selepas itu, Dr. Krebs berpindah ke Mexico dan penemuannya disambut baik di sana. Hospital-hospital di Mexico menawarkan rawatan kanser dengan Vitamin B17. Setiap tahun ramai rakyat Amerika Syarikat yang pergi ke Mexico untuk mendapatkan rawatan kanser dengan Vitamin B17. Peratusan besar daripada mereka yang berjaya dirawati, malahan pesakit yang berada ditahap 'menunggu masa' (terminal cancer) juga sembuh. Hanya sebilangan kecil yang tidak berjaya kerana organ dalaman mereka telah teruk dirosakkan oleh rawatan kemoterapi dan radiasi.

Tetapi disudut lain, FDA, AMA dan American Cancer Society masih meneruskan propaganda mereka mengatakan Vitamin B17 adalah tipu semata-mata. Dan oleh sebab itu, beratus-ratus pesakit kanser mati setiap tahun disebabkan rawatan pembedahan, kemoterapi dan radiasi, sehinggalah sekarang.

0 comments:

Post a Comment